Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Grab Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Menerima Suntikan Dana Mencapai $2 Bilion

Grab, pesaing terdekat Uber di rantau Asia Tenggara, dimana melalui aplikasi yang ditawarkan, ia membolehkan pengguna untuk membuat tempahan pengangkutan ke destinasi yang dituju. Sebelum ini, mereka sedia menerima suntikan dana jutaan ringgit, dan kini ia dilaporkan Grab dalam perbincangan untuk menerima suntikan dana tambahan.

Grab dikatakan mungkin menerima suntikan mencapai $2 bilion daripada Softbank dari Jepun dan juga Didi Chuxing dari China. Sekiranya perkara ini berlaku, maka ia akan membuatkan Grab bernilai sekitar $5 bilion – dan menjadikan ia sebagai salah satu startup paling berharga dari rantau Asia Tenggara.

Seperti biasa, pihak Grab tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan laporan WSJ ini.

Grab juga akhir-akhir ini agak aktif memperkenalkan perkhidmatan mereka dibandar-bandar baru seluruh negara, dan kini meliputi sekitar 25 bandar di seluruh Malaysia.

Suntikan dana baru ini dijangka selesai dalam beberapa minggu lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Grab Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Menerima Suntikan Dana Mencapai $2 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info