Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambaran Rekaan Google Pixel XL 2017 Diperlihatkan – Apa Kata Anda?

Bagi anda yang meminati arena Android, semestinya salah satu peranti yang dinantikan anda untuk tahun 2017 ini adalah telefon pintar yang dikeluarkan oleh Google sendiri dinamakan Pixel. Google telah hadir dengan telefon berjenama Pixel sejak tahun lepas, dan untuk tahun ini kita akan melihat kemaskini generasi kedua untuk keluarga berkenaan.

Kini, mengumpulkan pelbagai informasi dari sumber terdekat, dan juga desas-desus, pihak AndroidPolice hadir dengan rekaan untuk peranti Pixel XL 2017 atau apa yang dikenali dengan nama kod “Taimen”.

Google Pixel 2 XL

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia menggunakan beberapa elemen rekaan daripada Pixel generasi pertama, tetapi tampak lebih moden dengan rekaan bingkai yang lebih nipis – salah satu trend ramai pengeluar pada 2017 ini.

Pixel XL 2 ini dijangka menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6-inci, dan dikatakan mungkin membawakan penggunaan bingkai boleh “picit” seumpama pada HTC U11 untuk memudahkan pengguna mengakses Google Assistant dan sebagainya.

Peranti Pixel XL 2 ini dijangka akan dikeluarkan oleh LG. Seperti biasa, kita mempunyai beberapa bulan lagi sebelum pelancaran Pixel XL 2, dan ia masih terdapat kemungkinan untuk pihak Google membuat perubahan pada rekaan akhir peranti mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambaran Rekaan Google Pixel XL 2017 Diperlihatkan – Apa Kata Anda?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info