Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fungsi Ini Pada Google Maps Membolehkan Anda Mengelak Kesesakkan Lalulintas

Pada hari ini, anda sedia boleh menyemak keadaan trafik semasa dengan mudah menggunakan beberapa aplikasi – termasuk apa yang ditawarkan oleh kerajaan seperti eDrive. Walaubagaimanapun, ia sekadar menunjukkan keadaan semasa, dan sukar untuk membuat perancangan dalam masa sejam dua akan datang.

Untuknya, kini Google mempermudahkan para pengguna seluruh dunia untuk membuat perancangan perjalanan melalui ciri baru pada Google Maps.

Google Maps Trafik

Kini, apabila anda memilih untuk membuat navigasi ke sesuatu lokasi, suatu graf bar diperlihatkan dengan keadaan trafik untuk beberapa jam akan datang. Melaluinya, Google menggunakan data terkumpul mereka untuk membuat ramalan keadaan trafik mengikut masa ke sesuatu lokasi.

Ini memudahkan anda memilih waktu untuk keluar, dan memilih masa keadaan trafik paling kurang untuk mengurangkan kadar tekanan di atas jalan-raya.

Bagi anda yang menggunakan Google Maps, anda boleh menguji ciri baru ini hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fungsi Ini Pada Google Maps Membolehkan Anda Mengelak Kesesakkan Lalulintas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info