Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Perbualan Berkumpulan Secara Video

Facebook sering bereksperimen dengan pelbagai aplikasi berbeza untuk melihat ciri-ciri yang diminati ramai. Kini, laman sosial yang sedia menawarkan sokongan panggilan video melalui Messenger dilaporkan sedang membangunkan sebuah aplikasi baru memfokuskan perbualan berkumpulan secara video.

Facebook Messenger

Aplikasi baru ini dikenali dengan nama kod Bonfire buat masa ini, dan telah dipertontonkan dikalangan para pekerja Facebook. Secara kasar, menurut TheVerge, aplikasi ini akan menawarkan ciri lebih kurang sama seperti Houseparty – salah satu aplikasi mudah-alih yang menawarkan kemudahan untuk berbual dengan rakan-rakan lain secara langsung melalui video.

Langkah pembangunan aplikasi ini juga selari dengan fokus pihak Facebook terhadap video, selain misi baru Facebook yang memfokuskan kepada pembangunan komuniti.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Facebook melalui aplikasi baru ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Perbualan Berkumpulan Secara Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info