Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dell Kini Menawarkan Aksesori Alienware Di Malaysia – Meliputi Monitor, Tetikus Dan Papan Kekunci

Dell telah melancarkan sejumlah aksesori dibawah jenama Alienware pada acara E3 2017 bulan lepas. Kini, selang sebulan, Dell Malaysia telah mula menawarkan aksesori berkenaan melalui laman jualan rasmi mereka. Dibawah aksesori Alienware, Dell menawarkan sebuah monitor, papan kekunci dan juga tetikus. Seperti biasa, ia menawarkan sejumlah ciri-ciri berkuasa tinggi yang menyasarkan kepada arena permainan video dan juga multimedia.

Alienware Monitor

Untuk penawaran monitor, Alienware 24 Gaming Monitor hadir pada harga RM2699. Ia menawarkan skrin bersaiz 24.5-inci pada resolusi 1920×1080 pixel, kadar kecerahan mencapai 400nits, serta kadar segar semula pada 240Hz. Model yang disenaraikan pada laman jualan Dell adalah dilengkapi dengan sokongan NVIDIA G-SYNC.

Alienware Mouse

Untuk tetikus pula, dua jenis tetikus ditawarkan, iaitu Alienware Advanced Gaming Mouse pada harga RM229, dan Alienware Elite Gaming Mouse pada harga RM429. Membezakan kedua-duanya adalah dimana versi Elite hadir dengan sokongan boleh mengubah bahagian tepi tetikus untuk genggaman yang lebih baik, termasuk mengubah tetapan butang, serta berat pada tetikus berkenaan.

Alienware Keyboard

Dan akhir sekali, untuk papan kekunci pula, dua papan kekunci turut ditawarkan dibawah jenama Alienware, iaitu Alienware Pro Gaming Keyboard pada harga RM569, dan Alienware Advanced Gaming Keyboard pula pada harga RM369. Kedua-duanya menawarkan kekunci mekanikal Brown, serta dilengkapi dengan sokongan anti-ghosting dan sebagainya dalam menawarkan pengalaman penggunaan yang baik. Versi biasa hanya menawarkan 5 kekunci yang boleh diprogram, sementara versi Pro pula hadir dengan sokongan 15 kekunci yang boleh diprogramkan.

Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan aksesori Alienware ini, boleh menyemak laman rasmi Alienware Malaysia, dan membuat tempahan melaluinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dell Kini Menawarkan Aksesori Alienware Di Malaysia – Meliputi Monitor, Tetikus Dan Papan Kekunci"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info