Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Caffeine – Perisian Yang Memastikan Komputer Anda Sentiasa Aktif Dan Tidak Masuk Mod “Rehat”

Bagi anda yang aktif membuat beberapa tugasan khusus, seperti penyuntingan gambar, video dan sebagainya – mungkin anda inginkan komputer anda sentiasa aktif, dan tidak masuk mod “berehat” selepas seketika atau mengaktifkan screensaver. Sebagai contoh, ketika anda sedang menantikan komputer anda selesai memproses video, atau selesai memuat-naik sesuatu fail ke storan awan, anda semestinya perlu memastikan ia tidak terhenti pada pertengahan kerana komputer anda masuk

Untuk tujuan berkenaan, terdapat beberapa perisian yang membantu, dan salah satunya adalah Caffeine.

Caffeine

Melalui Caffeine untuk Windows, ia membuat simulasi menekan butang pada papan kekunci secara maya setiap 59 saat, sekaligus membuatkan komputer anda fikir anda sedang menggunakan komputer dan memastikan skrin aktif sepanjang masa. Ini juga mengelakkan komputer mengunci sendiri, memasuki mod berehat, atau mengaktifkan screensaver.

Anda juga turut boleh mengawal berapa lama perisian ini perlu aktif, sebelum ia ditamatkan secara automatik dan komputer anda memasuki mod berehat. Ini mungkin membantu sekiranya anda ingin menjadualkan sesuatu perkara sebelum anda masuk tidur.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, Caffeine boleh dimuat-turun untuk Windows secara percuma melalui laman rasminya.

Muat-Turun Caffeine untuk Windows



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Caffeine – Perisian Yang Memastikan Komputer Anda Sentiasa Aktif Dan Tidak Masuk Mod “Rehat”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info