Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempatenkan Sistem Yang Membolehkan iPhone Menjadi Pengganti Pasport

Lihat peranti di tangan anda sekarang. Ia adalah sebuah telefon, mesin kira, kamera, pelayar web dan pengganti kad kredit. Apakah yang mampu dilakukan oleh peranti pintar di masa hadapan? Apple mempunyai idea yang mungkin akan merevolusikan bagaimana kita bergerak ke seluruh dunia di masa hadapan.

Mereka telah mempatenkan sistem yang membolehkan iPhone dan Apple Watch menjadi pasport elektronik. Pasport moden kini dilengkapi cip yang kemudian diimbas di pintu pemeriksaan imigresen. Cip ini menyukarkan pasport dipalsukan dan mengandungi pelbagai maklumat peribadi pengguna.

Dengan sistem baru yang dipatenkan ini, cip yang sama mungkin boleh ditemui pada iPhone dan Apple Watch. Mungkin tiada lagi keperluan untuk membawa pasport fizikal. Memohon visa semuanya boleh dilakukan secara elektronik.

Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan digunakan pada peranti keluaran Apple. Kelulusan dari pelbagai negara terlebih dahulu harus dipersetujui sebulat suara juga perlu. Tetapi kami tidak akan terkejut sekira peranti pintar menjadi e-pasport akan menjadi realiti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Sistem Yang Membolehkan iPhone Menjadi Pengganti Pasport"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info