Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Bekerjasama Dengan The Rock Menghasilkan Filem Pendek Mempromosikan Siri

Penggunaan selebriti popular untuk menjual produk telah digunakan sejak zaman Rom purba. Pada waktu tersebut pahlawan gladiator menjadi duta mempromosikan barangan seperti minyak zaitun. Beribu tahun telah berlalu dan teknik mempromosikan ini turut digunakan oleh Apple.

Mereka bekerjasama dengan bintang aksi Dwayne “The Rock” Johnson dan menghasilkan filem pendek The ROCKxSIRI Dominate the Day. Filem pendek ini akan menunjukkan bagaimana pembantu maya Siri boleh digunakan dalam situasi harian. Poster filem pendek ini dikongsi oleh si jaguh rakyat menerusi akaun Instagram beliau.

Ia boleh ditonton secara penuh esok melalui laman YouTube rasmi Apple. Walaubagaimanapun, terdapat kemungkinan yang mana kandungan ini mungkin hanya eksklusif untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Bekerjasama Dengan The Rock Menghasilkan Filem Pendek Mempromosikan Siri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info