Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Samsung Game Live Membolehkan Pengguna Menstrim Video Permua Secara Langsung Ke Media Sosial

Peranti pintar ialah platform permainan video mudah alih nombor satu dunia. Terdapat berbillion peranti mudah alih yang memberikan akses kepada ratusan ribu permua pelbagai genre. Penerimaan video permainan video dari konsol dan PC sudah menjadi kebiasaan. Bagi pemilik peranti Samsung, mereka turut boleh melakukannya terus dari peranti pintar di tangan.

Aplikasi Game Live baru sahaja dilancarkan di Galaxy Apps. Menerusi aplikasi ini pengguna boleh menstrim video mereka bermain video secara langsung ke laman Twitch, Facebook dan YouTube. Terdapat pelbagai tetapan seperti hanya menstrim audio dari pemua, suara pemain atau kedua-duanya sekali. Kualiti video juga boleh ditetapkan mengikut kelajuan internet.

Bagi mereka yang telah lama ingin menunjukkan kehebatan mereka bermain permua, kini ia boleh dilakukan sekiranya mereka memiliki peranti Samsung. Kami telah berjaya menstrim ke Facebook menggunakan Galaxy S7 Edge dan S8+. Aplikasi masih mempunyai pepijat dimana penstriman ke YouTube tidak mampu dilakukan buat masa ini.

Muat turun aplikasi Samsung Game Live Dari Galaxy Apps



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Samsung Game Live Membolehkan Pengguna Menstrim Video Permua Secara Langsung Ke Media Sosial"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info