Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AMD Menunjukkan Rekaan Bungkusan CPU AMD Threadripper

Ia kini sudahpun diketahui bahawa siri CPU HEDT (High End Desktop) AMD Ryzen Threadripper akan hadir di pasaran sekitar dunia tidak lama lagi. Akan tetapi, masih tidak banyak yang diketahui mengenai apakah yang akan hadir apabila kedai-kedai akan mula menjual cip pemprosesan tersebut untuk khalayak ramai.

Pihak AMD baru sahaja menunjukkan rekaan bungkusan CPU AMD Threadripper ini, dan ia kelihatan agak berbeza berbanding dengan kotak yang hadir untuk CPU AMD Ryzen sebelum ini. Bungkusannya dilihat seperti menggunakan apa yang dilihat menyerupai plastik penyerap impak, dan kelihatan seperti ia juga akan hadir dengan kipas penyejuknya sendiri.

Dr. Lisa Su, CEO syarikat AMD juga dilihat memegang kotak tersebut, dan ianya kelihatan cukup besar berbanding apa-apa kotak CPU yang pernah kami lihat sebelum ini. Beliau juga mengesahkan bahawa AMD Threadripper akan hadir di pasaran dunia pada awal bulan Ogos kelak, dan butiran lanjut mengenai CPU tersebut dan juga kad grafik AMD Vega di acara Siggraph 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AMD Menunjukkan Rekaan Bungkusan CPU AMD Threadripper"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info