Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Permesejan Dinamakan Anytime

Tidak kurang aplikasi permesejan di pasaran hari ini. Selain daripada gergasi internet seperti Facebook, Google, Apple dan Tencent, terdapat juga sejumlah penyedia perkhidmatan yang menawarkan aplikasi permesejan mereka tersendiri, termasuk Telekom Malaysia melalui aplikasi HyppMe mereka. Kini, selain daripada penawaran sedia ada, ia dikatakan Amazon turut sedang membangunkan aplikasi permesejan tersendiri dinamakan “Anytime”.

Amazon Anytime

Menurut laporan yang hadir daripada AFTV News, ia dikatakan Amazon sedang membangunkan aplikasi ini untuk Android, iOS dan juga desktop. Ia bakal dilengkapi sejumlah ciri-ciri popular, termasuk penyulitan untuk sekuriti tambahan, permesejan berkumpulan, panggilan video dan juga suara. Penemuan berkaitan pembangunan ini ditemui melalui sebuah bancian yang dilakukan mereka – maka tidak diketahui lagi sama ada ia sekadar idea sahaja, ataupun telah dalam fasa pembangunan.

Amazon sendiri melalui Alexa Calling sebelum ini sedia menawarkan ciri panggilan, dan dengan aplikasi ia dijangka akan membolehkan fungsi berkenaan digunakan dimana-mana sahaja dengan mudah.

Seperti biasa, tiada komen dikeluarkan oleh Amazon berkaitan perkara ini. Untuk anda, adakah anda akan menggunakan aplikasi permesejan daripada Amazon ini sekiranya ia dilancarkan?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Permesejan Dinamakan Anytime"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info