Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alibaba Memperkenalkan Pesaing Amazon Echo – Tmall Genie X1

Alibaba yang terkenal sebagai penyedia perkhidmatan e-dagang di China, hari ini telah memperkenalkan jawapan mereka kepada Amazon Echo, melalui apa yang dinamakan sebagai Tmall Genie X1.

Penawaran daripada Alibaba ini menawarkan keupayaan untuk membuat kawalan penstriman muzik, membuat temujanji kalendar, serta menawarkan sejumlah kemudahan untuk pengguna lakukan melalui arahan suara. Pembantu digital maya daripada Alibaba ini dinamakan sebagai AliGenie – dan dijangka bakal mempermudahkan urusan pembelian melalui platform e-dagang Alibaba.

AliGenie

Alibaba akan menawarkan ia untuk dijual bermula 8 Ogos 2017 kelak, khusus di China pada harga 499 Yuan (~RM315).

Dengan pengenalan produk baru ini, Alibaba secara langsung akan turut bersaing dengan Amazon Echo, Google Home, dan juga Apple Homepod. Samsung turut diperkatakan sedang membangunkan produk yang lebih kurang sama untuk diperkenalkan tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alibaba Memperkenalkan Pesaing Amazon Echo – Tmall Genie X1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info