Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Predator Helios 300 Dijangka Hadir Ke Pasaran Tempatan Seawal Ogos 2017

Acer semalam telah memperkenalkan beberapa komputer riba terbaru, termasuk komputer dengan cip pemprosesan AMD Ryzen terkini. Selain daripada penawaran komputer biasa, Acer Malaysia juga menyasarkan untuk memperkenalkan komputer riba memfokuskan permainan video dibawah keluarga Predator seawal Ogos 2017 ini.

Menurut sumber terdekat, Acer akan memperkenalkan Predator Helios 300 pada awal Ogos kelak, bersama produk Predator lain. Walaubagaimanapun, Predator Triton 700 mungkin mengambil sedikit masa sebelum ia dilancarkan di Malaysia.

Acer Predator Helios 300

Predator Helios 300 hadir dalam variasi 15.6-inci dan 17.-3inci, menggunakan kad grafik pilihan GTX 1060 atau 1050 Ti, cip pemprosesan sehingga Core i7, memori sehingga 16GB RAM dan ruangan storan berasaskan SSD dengan gabungan HDD sehingga 1TB.

Komputer riba ini tidak senipis Predator Triton, tetapi menggunakan rekaan seumpama komputer riba Predator lain sebelum ini. Ia juga turut dilengkapi kipas yang baik untuk mengalirkan udara panas ke luar dengan efisyen.

Harga jualan dan tarikh Predator Helios 300 dijual di Malaysia dijangka diumumkan pada awal Ogos ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Predator Helios 300 Dijangka Hadir Ke Pasaran Tempatan Seawal Ogos 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info