Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Waze Berkongsi Data Ramalan Kesesakkan Jalan Ketika Balik Raya

Dengan musim perayaan yang semakin hampir, semestinya ramai yang membuat perancangan untuk balik ke kampung halaman – termasuk terutamanya menyemak mengenai kesesakkan lalu lintas dan sebagainya.

Waze, salah satu aplikasi navigasi yang popular digunakan diseluruh dunia, kini berkongsi data ramalan mereka untuk lima hari sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri dalam usaha memudahkan lagi pengguna membuat perancangan untuk balik ke kampung.

Waze Raya 2017

Waze mengumpulkan dan membuat ramalan ini berdasarkan kepada data yang dikumpulkan pada musim perayaan pada tahun lepas – selain menghimpunkan ia bersama data pergerakkan lalu lintas selama empat minggu sebelum dan selepas Hari Raya pada 2016 lepas.

Daripada apa yang dilihat, Waze meramalkan ramai yang menuju ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu adalah yang paling tinggi, diikuti oleh ke Kinta Valley, Batu Pahat dan Melaka Central.

Waze Raya 2017

Seperti biasa, ini sekadar ramalan awal sahaja. Waze turut mengalakkan pengguna untuk menggunakan ciri Planned Drives untuk membolehkan pengguna memasukkan masa yang ingin mereka sampai di sesuatu destinasi – dan Waze akan mencadangkan masa yang anda perlu gerak dari rumah pada sesuatu hari berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Waze Berkongsi Data Ramalan Kesesakkan Jalan Ketika Balik Raya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info