Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TouchWiz Home Dikemaskini Untuk Galaxy S8 Bagi Menyelesaikan Masalah Sela Masa

Antaramuka baru diperkenalkan pada peranti Samsung Galaxy S8 dan S8+. Seperti pada pelancar Pixel, talam aplikasi diakses dengan melakukan tatalan dari atas ke bawah pada skrin. Pengguna Galaxy S8 melaporkan terdapat sedikit sela masa dikesan pada animasi apabila paparan berubah kepada skrin talam aplikasi.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Samsung memberikan kemaskini kepada aplikasi TouchWiz Home. Turut diperbaiki ialah memudahkan ikon aplikasi dilihat apabila latar belakang berwarna putih digunakan. Kemaskini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan saiz tidak mencecah 5 MB.

Muat turun kemaskini untuk Samsung TouchWiz Home dari Google Play



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TouchWiz Home Dikemaskini Untuk Galaxy S8 Bagi Menyelesaikan Masalah Sela Masa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info