Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spotify Membolehkan Anda Membuat Senarai Main Lagu Bersama Rakan Di Facebook Messenger

Spotify telah sedia menyertakan kemudahan untuk berkongsi lagu kegemaran terus ke Facebook, dan kini mereka turut memperkenalkan satu lagi fungsi baru, iaitu kebolehan untuk membuat senarai main lagu bersama rakan-rakan melalui Facebook Messenger.

Kini, anda boleh membuat “Group Playlist” terus daripada Facebook Messenger, dan menambah rakan-rakan lain untuk turut menambah lagu ke senarai main berkenaan. Langkah ini semestinya memudahkan pengguna untuk berkongsi lagu kegemaran mereka bersama lain untuk didengarkan bersama ketika aktiviti berkumpulan – seperti ketika sedang memandu balik kampung dan sebagainya.

Spotify Messenger

Selain daripada itu, ini juga mungkin menjadi salah satu kaedah untuk rakan-rakan memperkenalkan lagu menarik kepada anda.

Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri dengan menggunakan pemalam tambahan Spotify di Facebook Messenger, dan seterusnya berkolaborasi bersama rakan dengan membina senarai main lagu melaluinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spotify Membolehkan Anda Membuat Senarai Main Lagu Bersama Rakan Di Facebook Messenger"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info