Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Splinter Cell Baru Sedang Dipertimbangkan Oleh Ubisoft

Splinter Cell ialah permainan aksi risikan yang kami rasakan lebih menarik berbanding Metal Gear Solid. Tidak seperti Solid Snake, Sam Fisher bergerak dengan lebih bebas dengan senjata yang lebih menarik. Pada waktu yang sama jalan cerita Splinter Cell lebih mudah difahami tanpa elemen aneh. Tidak seperti siri Ubisoft yang lain, Splinter Cell kali terakhir dilancarkan pada tahun 2013 dengan Blacklist.

Splinter Cell Blacklist membawa beberapa perubahan gameplay dan pelakon baru menggantikan Michael Ironside. Di dalam sesi AMA di Reddit hujung minggu lalu, Yves Guillemot CEO Ubisoft disoal mengenai masa depan Splinter Cell. Beliau mengakui ia antara siri kegemaran beliau tetapi Ubisoft tidak membangunkan permainan baru buat masa ini.

Tetapi beliau berkata beberapa rekaan konsep sedang dipertimbangkan dan meminta peminat Sam Fisher untuk terus bersama Ubisoft untuk maklumat mengenainya di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Splinter Cell Baru Sedang Dipertimbangkan Oleh Ubisoft"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info