Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony A9 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM21,799

Sony Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan kamera berkuasa dan berteknologi tinggi mereka, iaitu Sony α9. Sony α9 merupakan kamera full-frame mirrorless dan hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik menyasarkan golongan jurugambar profesional.

Sony α9 hadir dengan sensor Exmor RS CMOS 24.2-megapixel, dan memfokuskan kepada sokongan rakaman pantas menggunakannya. Sony mengatakan kamera ini boleh merakamkan gambar pada kelajuan 20fps, serta kebolehan memprosesa data 20 kali ganda lebih pantas berbanding kamera full-frame mirrorless sebelum ini daripada Sony.

Sony A9

Melengkapkan kamera ini juga adalah sokongan ISO antara 100-51200, dan boleh diperlanjutkan kepada 50-204800. Kamera ini dilengkapi dengan sokongan sistem penstabilan 5-axis, dan turut menawarkan kebolehan rakaman video 4K melaluinya. Pada resolusi 1080p, kamera ini menawarkan kemudahan untuk rakaman pada kelajuan 120fps.

Sony α9 juga hadir dengan dua slot kad-SD, serta kemudahan pemindahan fail menggunakan port Ethernet.

Sony α9 dijual pada harga RM21799 untuk badan sahaja, sementara ia turut ditawarkan dengan sensor SEL2470GM pada harga RM31099, dan SEL70200GM pada harga RM33299.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony A9 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM21,799"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info