Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Projek Jam Tangan Pintar Fitbit Mengalami Pelbagai Jenis Cabaran Dan Halangan

Fitbit nampaknya akan mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum memperkenalkan jam tangan pintar mereka. Terkini, ia dilaporkan yang mana beberapa pembangun disebalik projek berkenaan telah meninggalkan syarikat, selain turut memberikan kesan ke atas pembangunan kedai aplikasi.

Dengan populariti peranti kecergasan yang semakin berkurangan dari hari ke hari, Fitbit sebelum ini telah menyasarkan untuk hadir dengan jam tangan pintar berkenaan. Dan seperti kebiasaan, peranti seperti jam tangan pintar memerlukan ekosistem disebaliknya meliputi sokongan peranti, aplikasi dan perkhidmatan untuk menarik pengguna mendapatkannya. Daripada versi pembangunan jam tangan pintar Fitbit, ia dikatakan mampu memainkan lagu dan membuat pembayaran. Walaubagaimanapun, ia dikatakan perbincangan bersama pihak Spotify gagal mencapai kata putus, dan terdapat sejumlah cabaran teknikal untuk merealisasikan kedai aplikasi mereka tersedia sebelum pelancaran. Pada masa yang sama, ramai pembangun turut dikatakan tidak begitu tertarik dengan jam tangan Fitbit.

“Saya lebih memfokuskan kepada Apple Watch dan Android Wear,” kata salah seorang pembangun yang membangunkan variasi Evernote untuk Galaxy Gear. “Saya mungkin pertimbangkan untuk membangunkan untuk Fitbit sekiranya peranti dan angka penggunanya menarik perhatian.”

Melalui kenyataan yang dikongsikan, Fitbit mengatakan pembangunan jam tangan pintar dan aplikasi pihak ketiga “adalah mengikut jadual”.

Pada tahun lepas, Fitbit turut telah mengambil pengeluar jam tangan Pebble dalam memperkukuhkan lagi pembangun jam tangan pintar mereka. Ramai pembangun dari Pebble yang membantu Fitbit pada awalnya, tetapi kebanyakkannya telah meninggalkan syarikat, menurut sumber-sumber terdekat.

Jam tangan pintar Fitbit dijangka akan dijual pada harga kurang $300 (~RM1287), dan menggunakan sistem operasi khusus yang berasaskan kepada apa yang digunakan pada Pebble sebelum ini. Sekiranya Fitbit memilih penggunaan Android Wear, ia mungkin akan memberikan akses meluas kepada ekosistem dan sokongan aplikasi. Walaubagaimanapun, Fitbit memilih untuk membangunkan sistem operasi tersendiri, termasuk ekosistem disebaliknya.

Selain pembangunan jam tangan pintar, Fitbit turut dikatakan sedang membangunkan Charge versi baru, termasuk kemaskini kepada Blaze yang dijangka menyertakan skrin berwarna yang lebih besar untuk tahun hadapan.

Fitbit sebelum ini menyasarkan untuk memperkenalkan jam tangan pintar mereka lebih awal. Walaubagaimanapun, dengan pelbagai penangguhan, ia mungkin perlu bersaing dengan pengenalan Apple Watch baru kelak.

Menurut salah satu sumber terdekat, “Jam tangan Fitbit disasarkan untuk bersaing dengan Apple Watch 2, tetapi apabila ia keluar, kita mungkin akan melihat Apple Watch 3”.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Projek Jam Tangan Pintar Fitbit Mengalami Pelbagai Jenis Cabaran Dan Halangan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info