Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan GrabHitch Akan Ditamatkan Pada 18 Jun 2017

Didalam penawaran perkhidmatan yang ditawarkan oleh Grab, salah satunya adalah GrabHitch yang membolehkan pengguna menumpang kenderaan pemandu lain. Yang membezakannya adalah pemandu tersebut tidak semestinya memandu GrabCar, dan pengguna perlu meletakkan jadual mereka sebelum menggunakannya.

GrabHitch

Selang setahun selepas pengenalan perkhidmatan ini, Grab mengumumkan yang mana perkhidmatan GrabHitch akan ditamatkan berkuatkuasa Ahad, 18 Jun 2017. Bermula tarikh ini juga penawaran GrabHitch tidak lagi akan terpapar dan pemandu yang berdaftar dengan GrabHitch disarankan untuk mendaftar sebagai pemandu GrabCar.

Penamatan perkhidmatan ini juga dikaitkan dengan perkhidmatan GrabShare, yang membolehkan pengguna berkongsi GrabCar dengan penumpang lain. Bahkan GrabShare membolehkan pengguna mendapatkan tempahan secepat mungkin, berbanding GrabHitch yang mempunyai tempoh minimum untuk menunggu 15 minit, disamping kebarangkalian yang rendah untuk mendapatkannya kerana ia tertakluk kepada pilihan pemandu.

Dengan pengumuman ini, salah satu perkhidmatan perkongsian kenderaan untuk perjalanan jarak jauh telah tamat. Adakah anda akan menggunakan GrabShare untuk perjalanan jarak jauh ?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan GrabHitch Akan Ditamatkan Pada 18 Jun 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info