Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perisan Hasad Xavier Ditemui Pada 800 Aplikasi Android

Terdapat lebih 2 Billion peranti Android yang berfungsi secara aktif hari ini mengikut angka yang dikongsi oleh Google. Ini menjadikannya sistem operasi peranti mudah alih paling popular di dunia. Dengan jumlah pengguna yang banyak, ia menjadikannya sasaran oleh penjenayah yang menghasilkan perisian hasad,

Terkini perisian hasad Xavier ditemui pada 800 aplikasi Android. Pada asalnya ia hanya sebuah perisian pengiklanan yang menjana pendapatan kepada pembangun aplikasi. Tetapi ia kemudian berevolusi menjadi sebuah perisian hasad yang mengumpul maklumat emel, peranti, sistem operasi, lokasi, SIM dan aplikasi yang digunakan oleh pengguna.

Aplikasi yang mengandungi Xavier adalah aplikasi percuma untuk menukar latar belakang, menyunting gambar dan aplikasi GPS menjejak lokasi peranti. Pihak Google telah membuang aplikasi yang didapati mengandungi Xavier. Pengguna di Vietnam,Filipina dan Indonesia adalah mangsa terbesar aplikasi hasad ini.

Sebelum ini perisian hasad Judy didapati menjangkiti 36 Juta peranti Android. Oleh itu kami menyarankan pengguna lebih berhati-hati memuat turun aplikasi percuma. Sentiasa muat turun menerusi Google Play dan meneliti tahap akses yang diberikan kepada setiap aplikasi yang digunakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perisan Hasad Xavier Ditemui Pada 800 Aplikasi Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info