Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Xperia Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Sistem Imbasan Wajah 3 Dimensi

Sistem imbasan biometrik dipercayai dapat memastikan kandungan peranti hanya boleh diakses oleh pemilik. Tetapi terdapat penggodam yang mencari teknik memintas sistem biometrik sedia ada. Contohnya sistem imbasan anak mata Samsung berjaya dipintas menggunakan kanta lekap dan kamera infra merah. Di masa hadapan sistem imbasan wajah 3D yang lebih sukar dipintas akan digunakan.

Sony akan memperlihatkan sistem imbasan wajah 3 Dimensi di MWC Shanghai minggu ini. Modul pengimbas dihasilkan oleh SoftKinect yang merupakan anak syarikat Sony dengan perisian dibangunkan oleh KeyLemon. Imbasan kepala pengguna akan disimpan bagi tujuan menyahkunci peranti.

Ini akan menghalang gambar dua dimensi dari digunakan untuk memintas sistem keselamatan. Memintas menggunakan cetakan 3D kepala pengguna juga tidak boleh menipu sistem ini kerana ia mengesan haba wajah melalui kamera infra merah.

Sistem imbasan ini masih lagi diperingkat percubaan. Memandangkan ia dihasilkan oleh anak syarikat Sony, tidak mengejutkan sekiranya ia digunakan pada peranti Xperia di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Xperia Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Sistem Imbasan Wajah 3 Dimensi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info