Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penyejuk Cooler Master CPU Serasi Dengan Soket LGA-2066 Intel Kaby Lake-X Dan Skylake-X

Dengan kehadiran CPU-CPU Intel yang terbaru dan paling berkuasa, termasuklah Intel Kaby Lake-X dan Skylake-X, ramai pembina dan penggiat PC pasti tertanya-tanya sama-ada penyejuk-penyejuk yang digunakan di dalam binaan PC sebelum ini akan menyokong soket CPU Intel Extreme yang terbaru, iaitu soket LGA 2066.

Pihak Cooler Master baru sahaja mengumumkan bahawa kesemua penyejuk-penyejuk CPU mereka, termasuklah penyejuk CPU udara dan juga cecair semuanya akan menyokong CPU Intel yang terbaru tersebut, sekiranya ia juga hadir dengan sokongan untuk soket CPU Intel Extreme sebelum ini, iaitu soket LGA 2011 v3.

Sebagai contoh, penyejuk-penyejuk CPU yang menyokong soket CPU Intel Extreme terbaru ini termasuklah Cooler Master Master Liquid Pro 280, Nepton 280L, Seidon 240M, Master Air Maker 8, sehinggalah ke Hyper212 X dan Evo.

Menurut mereka lagi, pembina PC yang menggunakan penyejuk-penyejuk CPU tersebut juga tidak perlu membeli sebarang pendakap baru untuk menyokong soket LGA 2066 ini kerana kesemua lubang-lubang untuk penyejuk tersebut berada di lokasi yang sama seperti soket LGA 2011 v3 tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penyejuk Cooler Master CPU Serasi Dengan Soket LGA-2066 Intel Kaby Lake-X Dan Skylake-X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info