Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pembangun Clash of Clans Mengumumkan Permua 3v3 Baru – Brawl Stars

Supercell sedia terkenal dengan permainan mudah-alih (permua) seperti Clash of Clans dan juga Clash Royale. Terkini, mereka turut mengumumkan permua terbaru mereka yang bakal ditawarkan tidak lama lagi dinamakan sebagai Brawl Stars.

Melalui Brawl Stars, ia menawarkan permainan 3v3 masa-nyata bersama pelbagai pemain lain, dimana ia menawarkan permainan berbentuk tembak-menembak dengan pandangan pihak ketiga. Setiap watak juga mempunyai kelebihan tersendiri, termasuk pilihan senjata berbeza. Pemain perlu mengumpulkan kristal, dan pada masa yang sama membunuh pihak lawan. Brawl Stars ini juga dilihat akan menyediakan sejumlah bentuk mod permainan berbeza dengan ciri-ciri khusus untuknya.

Buat masa ini, Supercell tidak berkongsi lagi bilakah mereka akan menawarkan permainan ini kepada umum. Dengan populariti Clash of Clans dan Clash Royale, tidak mustahil kita turut melihat permainan Brawl Stars ini menerima perhatian ramai – apatah lagi dengan populariti e-sukan akhir-akhir ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pembangun Clash of Clans Mengumumkan Permua 3v3 Baru – Brawl Stars"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info