Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Multi – Lif Tanpa Tali Yang Mampu Bergerak Secara Menegak Dan Mendatar

Lif yang bergerak secara mendatar dan menegak pertama kali kami lihat di dalam filem Total Recall. Pada tahun 2014, ThyssenKrupp memperlihatkan konsep lif yang mampu bergerak seperti filem fiksyen ini kepada umum. Mereka baru sahaja selesai memasang lif dengan rekaan terbaru ini di Rottweil, Jerman.

Sistem lif yang diberi nama Multi ini bukan sahaja mampu bergerak secara menegak tetapi juga bergerak secara mendatar. Tidak seperti lif konvensional, ia juga tidak menggunakan sistem tali dan takal. Menurut ThyssenKrupp, Multi akan mempercepatkan proses membawa penumpang di dalam bangunan. Apabila berlaku kerosakan, kabin yang rosak yang dikeluarkan dan digantikan dengan kabin baru.

Rintangan pertama bagi Multi ialah kos kerana ia adalah lima kali ganda lebih mahal berbanding lif biasa. Tetapi ia mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 60% kerana kabin yang 50% lebih ringan. Dengan Multi, kabin lif turut boleh digunakan pada pelbagai bangunan yang bersambung di antara satu sama lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Multi – Lif Tanpa Tali Yang Mampu Bergerak Secara Menegak Dan Mendatar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info