Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Logo Dan Lukisan Konsep Shadow Of The Tomb Raider Tertiris

Kewujudan permainan video Shadow of The Tomb Raider mula didengari tahun lalu. Pemainan ketiga di dalam siri reboot Tomb Raider ini dipenuhi pelbagai rahsia kerana tiada maklumat rasmi dikongsi oleh Square Enix. Tetapi beberapa rekaan logo dan lukisan konsep tertiris ke arena web semalam.

Gambar di atas muncul di laman web Takeoff Creative yang sebelum ini menghasilkan bahan promosi untuk Rise of The Tomb Raider. Ia jelas menunjukkan beberapa rekaan untuk logo serta konsep awal Shadow of The Tomb Raider. Selepas ia tertiris, gambar ini telahpun dipadamkan dari laman Takeoff Creative.

Kami berharap Shadow of The Tomb Raider akan dilancarkan serentak pada PlayStation 4, Xbox One dan PC. Rise of The Tomb Raider hadir setahun selepas versi PC dan Xbox One kerana perjanjian eksklusif bersama Microsoft.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Logo Dan Lukisan Konsep Shadow Of The Tomb Raider Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info