Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Menguji Fungsi Untuk Melabelkan Perkongsian Berbayar Oleh Pengguna

Dari hari ke hari, ramai pengguna laman sosial, termasuk Instagram yang menggunakan pengaruh dan populariti mereka dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan daripada pelbagai syarikat. Walaubagaimanapun, kadang-kala mereka tidak melabelkan sesuatu perkara sebagai iklan – sekaligus membuatkan sesuatu promosi itu kelihatan mengelirukan dan menipu.

Kini, dalam usaha memudahkan proses berkenaan, Instagram menguji kebolehan untuk tag sesuatu perkongsian sebagai berbayar, dan ia akan dipaparkan pada bahagian dibawah nama seseorang pengguna.

Instagram Tajaan

Perkara ini juga sekaligus memudahkan seseorang pengguna Instagram untuk melabelkan perkongsian berkenaan sebagai berbayar – dan ia juga akan mudah difahami oleh rakan-rakan dan pengikut mereka yang lain berbanding penggunaan hashtag dan sebagainya.

Instagram turut mengatakan yang mana pelbagai metrik berkenaan dengan sesuatu perkongsian dapat turut diakses oleh pengiklan yang di-tag melalui Facebook – sekaligus mungkin akan membuatkan ramai pengiklan meminta pengguna Instagram menggunakan integrasi ini.

Buat masa ini, Instagram sedang mengujinya, dan tidak diketahui lagi bilakah mereka akan memperkenalkannya kepada umum.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Menguji Fungsi Untuk Melabelkan Perkongsian Berbayar Oleh Pengguna"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info