Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Melancarkan Kempen Meriahkan Rayaku – Menangi Jongkang Emas Bernilai RM45,000

Jika anda ingin membeli komputer ataupun laptop baru untuk Hari Raya ini, pihak HP baru sahaja melancarkan kempen jualan Meriahkan Rayaku, di dengan setiap pembelian komputer atau laptop HP, anda bukan sahaja akan mendapat langganan untuk Microsoft Office 365, anda juga berpeluang memenangi salah sebuah daripada 10 jongkang emas yang bernilai RM45,000.

Untuk memasuki kempen ini, anda perlu membeli sebuah komputer ataupun laptop HP Pavilion, HP Spectre, HP Envy, HP OMEN ataupun HP All-in-One yang bernilai sekurang-kurangnya RM1499 untuk layak mendapat langganan perisian Microsoft Office 365 dan satu peluang untuk memenangi jongkang emas tersebut.

Jika anda membeli sebuah komputer atau laptop yang mempunyai tanda harga RM1499-RM2000, anda layak untuk satu penyertaan untuk memenangi jongkang emas tersebut, dan jika anda membeli komputer yang mempunyai tanda harga RM2001-RM4000, anda layak untuk dua penyertaan, dan semua komputer yang berharga lebih dari RM4000 melayakkan anda untuk empat penyertaan.

Kempen ini berlangsung bermula 16 Jun 2017 sehingga 31 Julai 2017. Untuk menebus perisian Office 365 dan peluang memenangi jongkang emas, anda boleh melayari laman web Meriahkan Rayaku oleh HP.

Layari laman web Meriahkan Rayaku HP



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Melancarkan Kempen Meriahkan Rayaku – Menangi Jongkang Emas Bernilai RM45,000"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info