Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Didenda RM 11.7 Billion Oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah

Penggunaan enjin carian Google untuk mendapatkan maklumat terkini adalah sesuatu yang kami yakin dilakukan oleh pembaca Amanz setiap hari. Malahan frasa “Cuba Google” sudah menjadi kosa kata harian di seluruh dunia. Memang diakui carian Google akan memberikan maklumat paling tepat jika dibandingkan dengan enjin carian lain. Tetapi suruhanjaya Kesatuan Eropah mendapati, Google mungkin menyalahgunakan dominasi mereka apabila memaparkan maklumat carian.

Google Search

Oleh itu mereka mengenakan denda berjumlah € 2.43 Billion (~RM 11.76 Billion) ke atas kerana kesalahan anti amanah. Google menyalahgunakan dominasi pasarannya dengan mempromosikan perkhidmatan perbandingannya harga jualan milik mereka sendiri dalam hasil carian dan merendahkan kedudukan perkhidmatan perbandingan milik pesaing.

Ia sekaligus menafikan syarikat lain peluang untuk bersaing secara adil. Pada masa yang sama Google menafikan pengguna Eropah pilihan perkhidmatan yang terbaik dan bermanfaat. Pihak Google tidak bersetuju dengan keputusan suruhanjaya Kesatuan Eropah ini dan akan melakukan rayuan ke atas denda yang dikenakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Didenda RM 11.7 Billion Oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info