Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Kini Memudahkan Anda Mencari WiFi Berdekatan

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan kebolehan untuk mencari rangkaian WiFi berdekatan yang boleh pengguna berhubung – terutamanya di negara-negara membangun. Selepas terhad untuk hanya beberapa buah negara sahaja sebelum ini, kini Facebook memperkenalkan ciri ini untuk pengguna seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Facebook WiFi

Dinamakan sebagai Find Wi-Fi, ia boleh diakses pengguna di iPhone atau Android. Untuk mengaksesnya, anda boleh membuka aplikasi Facebook, pada halaman tetapan, pilih More, dan seterusnya “Find Wi-Fi”.

Fungsi ini memaparkan rangkaian WiFi berdekatan daripada kedai-kedai berhampiran anda. Ia menarik data daripada tetapan yang telah dibuat oleh sesuatu kedai melalui Facebook Page mereka. Ini secara tidak langsung membolehkan pengguna ke kedai mereka, sementara untuk pengguna pula, anda akan lebih mudah mencari rangkaian WiFi berdekatan untuk internet – terutamanya apabila pergi bercuti ke luar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Kini Memudahkan Anda Mencari WiFi Berdekatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info