Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Essential Disaman Spigen Kerana Penyalahgunaan Tanda Dagang

Essential Phone dan Essential Home dilancarkan minggu lalu. Kedua-duanya adalah peranti yang dibangunkan oleh Andy Rubin yang merupakan bapa sistem operasi Android. Peranti Essential Phone menarik minat kami kerana ia sebuah peranti dengan rekaan hampir semua-skrin dan kerangka titanium tahan lasak. Syarikat ini kini berhadapan saman yang difailkan oleh pihak Spigen.

Menurut Spigen, Essential melanggar hak penggunaan tanda dagang “Essential” yang merupakan milik mereka. Essential digunakan oleh Spigen pada koleksi aksesori audio dan power bank. Permohonan menggunakan tanda dagang ini oleh Essential telah dua kali ditolak oleh jabatan paten Amerika Syarikat. Pihak Spigen memberikan masa sehingga 15 Jun untuk syarikat Andy Rubin menghentikan penggunaan nama Essential.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Essential Disaman Spigen Kerana Penyalahgunaan Tanda Dagang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info