Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cities : Skylines Akan Hadir Ke PlayStation 4 Pada 15 Ogos

Permainan simulasi perancangan bandar Cities : Skylines telah dilancarkan pada platform PC pada tahun 2015. Edisi Xbox One pula hanya muncul pada April yang lalu. Bagi pemilik konsol PlayStation 4, anda tidak lagi perlu iri hati kepada pengguna dua platform ini kerana Cities : Skylines akan akhirnya tiba pada konsol anda 15 Ogos hadapan.

Cities : Skylines untuk PlayStation 4 akan hadir bersama DLC After Dark yang memberikan simulasi waktu siang dan malam. Kini anda boleh menjadi Datuk Bandar yang merancang pembangunan yang lebih teratur. Dengan permainan seperti ini, mungkin lebih ramai akan menyedari bagaimana sukarnya menjadi PBT.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cities : Skylines Akan Hadir Ke PlayStation 4 Pada 15 Ogos"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info