Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BlueSpin – Pemutar Kegelisahan Pintar Dengan Sokongan Bluetooth Dihasilkan

Pemutar kegelisahan ialah permainan yang sedang hangat pada waktu semasa. Ia dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan dimiliki oleh hampir kesemua anak saudara ketika Hari Raya. Bagi mereka yang inginkan pemutar kegelisahan yang lebih pintar, BlueSpin telah dihasilkan.

Pemutar kegelisahan ini mempunyai sokongan Bluetooth dan sensor terbina. Menerusi aplikasi Android dan iOS, pengguna boleh mengesan tahap kelajuan putaran dan jumlah putar yang pernah dihasilkan. Terdapat elemen sosial di mana putaran paling lama boleh dibandingkan dengan rakan-rakan yang turut memiliki BlueSpin.

Ia turut dilengkapi lampu LED berwarna biru dan bateri sebesar 230 mA. BlueSpin sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo dan boleh dimiliki pada harga $49 (~RM 210) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BlueSpin – Pemutar Kegelisahan Pintar Dengan Sokongan Bluetooth Dihasilkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info