Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Blackberry KEYone Akan Mula Dijual Bermula 20 Jun Ini Pada Harga RM2688

Blackberry masih lagi percaya kepada rekaan peranti dengan papan kekunci fizikal. Bagi pengguna yang masih belum bersedia untuk menggunakan peranti sesentuh sepenuhnya, Blackberry KEYone akan akhirnya hadir secara rasmi di Malaysia bermula 20 Jun ini pada harga RM2688.

Tempahan atas talian akan dibuka bermula hari ini sehingga 19 Jun menerusi laman Lazada dan 11Street. Mereka akan menerima satu aksesori percuma dengan setiap tempahan. BlackBerry KEYone hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Telefon ini turut menggunakan kamera belakang 12-megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 3505 mAh membekalkan kuasa kepada peranti ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Blackberry KEYone Akan Mula Dijual Bermula 20 Jun Ini Pada Harga RM2688"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info