Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bagaimana Menjadikan Telefon Android Lebih Mesra Untuk Digunakan Anak Anda?

Pada hari ini, ia seperti telah menjadi kebiasaan untuk para ibu bapa memberikan peranti pintar kepada anak-anak mereka untuk digunakan setiap hari. Perkara berkenaan seperti ramai sedia maklum, tidak begitu digalakkan, dan beberapa aplikasi dan tetapan mungkin dapat membantu mengawal anak-anak kecil ketika menggunakan peranti pintar.

Menggunakan Launcher Khusus

Beberapa peranti hadir dengan sokongan pilihan mod kanak-kanak. Tetapi, sekiranya tidak, anda boleh menggunakan beberapa launcher di pasaran yang boleh membantu anda untuk mengawal penggunaan anak-anak anda.

Salah satu yang menarik adalah Luna Launcher, yang mana boleh membantu anda melihat tempoh masa yang dihabiskan oleh anak-anak anda, selain mengehadkan mereka daripada mengakses sejumlah aplikasi sahaja. Aplikasi ini juga mesra untuk anak-anak kecil, selain boleh mengunci secara automatik apabila anak anda mencapai tempoh masa maksima penggunaan yang ditetapkan.

Luna Launcher

Muat-Turun Luna Launcher untuk Android

Memasang Aplikasi Mesra Kanak-Kanak

Terdapat sejumlah aplikasi mesra kanak-kanak di Google Play Store hari ini, dan salah satu yang popular adalah YouTube Kids. Melaluinya, anak anda hanya boleh mengakses kandungan yang mesra untuk kanak-kanak dan tidak memaparkan kandungan video lain yang mungkin tidak sesuai.

Muat-Turun YouTube Kids

Selain daripada itu, ibu bapa boleh turut menemui pelbagai aplikasi mesra keluarga dengan pergi ke Google Play Store, memilih Apps & Games, dan seterusnya memilih Family.

Menetapkan Had Pada Google Play Store

Google Play Parental

Pada Google Play Store, anda boleh ke halaman tetapan, dan memilih untuk hanya memaparkan kandungan yang mesra kanak-kanak sahaja dari segi aplikasi, permainan, buku, video dan sebagainya. Untuknya, anda hanya perlu ke Settings > Parental Control dan mengaktifkannya. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan yang akan digunakan untuk nyah-aktifkannya pada masa akan datang.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengehadkan pembelian dengan menetapkan kata laluan untuk pembelian melalui Google Play Store.


Ini adalah antara perkara yang boleh anda lakukan pada peranti Android anda untuk menjadikan ia lebih mesra kanak-kanak berbanding memberikan peranti anda begitu sahaja kepada anak-anak. Sekiranya anda mempunyai tips lain, jangan lupa berkongsi bersama kami melalui ruangan komen dibawah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bagaimana Menjadikan Telefon Android Lebih Mesra Untuk Digunakan Anak Anda?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info