Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi PLUS Mobile Dikemaskini Dengan Sokongan Butang Kecemasan SOS

Menjelang musim perayaan ini, semestinya ramai yang akan menggunakan lebuhraya PLUS untuk pulang ke kampung halaman. Selari dengannya, kini pihak PLUS mengemaskini aplikasi PLUS Mobile mereka dengan menambah sebuah ciri yang membantu ramai pengguna lebuhraya, iaitu butang kecemasan “SOS”.

Melaluinya, pengguna boleh menekan butang berkenaan apabila berada di lebuhraya, dan menambah beberapa maklumat padanya. Seterusnya info berkenaan akan dihantar kepada pihak PLUS, dan bantuan dijangka tiba dalam masa sekitar 20 minit.

Perkara ini sangat membantu pengguna lebuhraya, terutamanya apabila mempunyai kemalangan atau kecemasan.

PLUS Mobile

Selain daripada itu, PLUS Mobile juga kini diintegrasikan dengan penggunaan akaun PLUSMiles, sekaligus memudahkan melihat maklumat transaksi dan sebagainya.

Bagi anda yang kerap menggunakan lebuhraya PLUS atau merancang untuk balik kampung halaman menggunakannya, mungkin boleh memuat-turun aplikasi PLUS Mobile ini hari ini untuk Android/

Muat-Turun PLUS Mobile untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi PLUS Mobile Dikemaskini Dengan Sokongan Butang Kecemasan SOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info