Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alcatel Idol 5S Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 625

Pemproses kelas pertengahan kegemaran kami tahun lalu ialah Snapdragon 625. Ini ialah pemproses yang bukan sahaja cukup berkuasa tetapi tidak menggunakan bateri yang banyak. Hampir kesemua peranti yang menggunakannya mempunyai SOT melangkaui lapan jam. Alcatel Idol 5S ialah peranti terkini yang menggunakan pemproses ini.

Alcatel Idol 5S dilengkapi skrin 5.2″ HD Penuh, pemproses Snapdragon 625, memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 32 GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel f/2.0 EIS dan kamera selfie pula sebesar 8-Megapixel f/2.0. Peranti dengan Android 7.1 ini turut menggunakan bateri sebesar 2620 mAh yang dicaj melalui port USB-C.

Sepasang pembesar suara stereo disertakan begitu juga dengan pengimbas cap jari pada panel belakang. Alcatel Idol 5S dijual pada harga $280 (~RM 1200) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alcatel Idol 5S Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 625"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info