Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti ArcticStorm – Sebuah Lagi Kad Grafik Dengan Blok Penyejuk Cecair

Nampaknya kad grafik berkuasa tinggi dengan sokongan blok penyejuk cecair semakin diminati ramai. Tidak lama dahulu, MSI hadir dengan kad grafik MSI GeForce GTX 1080 Ti SeaHawk EK X yang menggunakan papan kad MSI GTX 1080 Ti Gaming X, dan disejukkan oleh blok penyejuk cecair dari EKWB, sebuah pembuat blok penyejuk cecair untuk PC yang terkemuka.

Terkini, nampaknya ZOTAC juga dalam perancangan untuk membuat sebuah kad grafik yang sama, dan ia dinamakan ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti ArcticStorm. Tidak banyak diketahui tentang kad grafik terbaru keluaran ZOTAC ini, tetapi yang pasti ianya hadir dengan blok penyejuk rekaan mereka sendiri, dan juga hadir dengan sistem lampu RGB ZOTAC Spectra yang baru.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, pemproses grafik kad ini hadir dengan kelajuan asas 1506MHz, dengan kelajuan BoostClock sebanyak 1620MHz. Dari segi kuasa pula, kad ini akan menggunakan dua palam PCIE 8-pin.

Buat masa ini, ZOTAC masih belum lagi mengumumkan tarikh pengeluaran dan harga untuk kad ini, tetapi kami pasti bahawa ia tidak akan lari jauh daripada pilihan dari MSI.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti ArcticStorm – Sebuah Lagi Kad Grafik Dengan Blok Penyejuk Cecair"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info