Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xpax Memperkenalkan Pakej Data Khusus Untuk Penstriman Data Dan Muzik

Celcom hari ini telah memperkenalkan pakej data khusus untuk penstriman data dan muzik tanpa menjejaskan data bulanan pengguna khusus untuk prabayar, Xpax. Dinamakan sebagai Music Walla dan Video Walla, ia menawarkan data tambahan untuk digunakan bagi tujuan penstriman muzik dan juga video.

Melalui Xpax Music Walla, ia menawarkan pakej penstriman muzik tanpa had pada harga RM3 sebulan atau RM1 seminggu. Melalui pakej ini, sejumlah perkhidmatan disokong, termasuk JOOX, Raku, KKBOX, Hungama Music dan beberapa stesen tempatan terpilih.

Xpax Music Walla

Xpax Video Walla

Untuk Xpax Video Walla pula, ia menawarkan pakej penstriman video pada harga RM1 setiap hari untuk 1GB, atau RM7 setiap minggu untuk 10GB. Melalui pakej ini, ia menyokong perkhidmatan seperti YoUTube, Netflix, iFlix, Tonton, Astro Go, Dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, Metro TV dan juga DailyMotion. Celcom turut menawarkan akses 12 bulan percuma untuk iFlix bagi pelanggan yang melanggan Video Walla ini.

Bagi anda yang sering menikmati muzik atau video pada pelan Xpax, dan sering risau akan kehabisan data ketika menggunakannya, pakej khusus ini mungkin untuk anda. Pengguna Xpax boleh melanggan kepada pakej Video Walla dan Music Walla ini melalui aplikasi Xpax atau menggunakan akses talian *118#. Selain pelanggan Xpax, Celcom turut mengatakan pakej ini turut boleh digunakan oleh pengguna Celcom First.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xpax Memperkenalkan Pakej Data Khusus Untuk Penstriman Data Dan Muzik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info