Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Microsoft Mungkin Menjenamakan Semula Windows Store Kepada Microsoft Store

Microsoft dibawah Satya Nadella dilihat membuat pelbagai perubahan besar yang mana kebanyakkan disukai pengguna, dan memudahkan pengguna memahami penawaran syarikat gergasi berkenaan. Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan Microsoft mungkin menjenamakan kedai atas-talian mereka yang hadir pada sistem operasi Windows 10 daripada Windows Store kepada Microsoft Store.

Info ini hadir daripada pengamatan perubahan kepada penggunaan nama daripada “Windows Store for Business and Education” yang diubah kepada “Microsoft Store for Business and Education” baru-baru ini. Buat masa ini, perubahan penggunaan terma “Microsoft Store” adalah hanya untuk pengguna perusahaan dan pendidikan, tetapi tidak mustahil ia diperluaskan kepada semua.

Sekiranya benar, maka ia akan menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan pelbagai produk Microsoft, daripada aplikasi, buku digital, video, sehinggalah kepada membeli barangan dan produk seperti Office 365 dan sebagainya. Ia juga mungkin memudahkan pengguna menguruskan pelbagai langganan dan pembelian melalui pusat sehenti berkenaan.

Bagi anda, adakah anda lebih meminati nama Windows Store, atau Microsoft Store?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Microsoft Mungkin Menjenamakan Semula Windows Store Kepada Microsoft Store"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info