Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Apple Mungkin Memperkenalkan iPad Baru Pada WWDC

Jarang kita melihat Apple memperkenalkan peranti baru pada acara WWDC. Namun, kini desas-desus baru hadir mengatakan sebaliknya. Menurut penganalisa popular, Ming-Chi Kuo dari KGI, Apple dikatakan mungkin memperkenalkan iPad baru pada acara WWDC yang akan diadakan bulan Jun ini. Selain daripada tablet terbaru, Apple turut dijangka memperkenalkan speaker berasaskan Siri yang bakal bersaing dengan Amazon Echo.

Menurut laporan penganalisa berkenaan, Apple bakal memperkenalkan iPad baru dengan spesifikasi yang dikemaskini, skrin bersaiz sekitar 10.5-inci dan menawarkan rekaan bingkai tepi yang nipis. Pengenalan tablet ini dijangka akan menarik para pembangun untuk mengoptimasikan aplikasi untuk tablet ini.

Sementara speaker berasaskan Siri daripada Apple pula dijangka akan bersaing dengan Amazon Echo. Pengguna seperti biasa dijangka boleh memainkan lagu, selain bertanyakan pelbagai persoalan padanya dan menerima jawapan serta-merta. Pengenalan speaker ini juga dijangka akan menarik pembangun untuk membangunkan aplikasi dan penawaran yang dioptimasikan untuknya.

Seperti biasa, buat masa ini, ia sekadar desas-desus sahaja. Mungkin kita perlu nantikan sehingga 6 Jun ini untuk melihat apakah yang Apple bakal umumkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Apple Mungkin Memperkenalkan iPad Baru Pada WWDC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info