Sembang Maniac

Sembang-sembang je

U Mobile Memulakan Pengenalan Perkhidmatan 4.5G Di Malaysia – Bermula Dari Johor Bahru

U Mobile sedia menawarkan perkhidmatan 4G mereka di sejumlah besar kawasan sekitar Malaysia. Kini, melangkah setapak kehadapan, U Mobile turut mengumumkan pengenalan perkhidmatan rangkaian 4.5G kepada pengguna umum pada gelombang 1800MHz dan juga 2600MHz.

Pengenalan komersial ini bermula dari Johor Bahru, dan U Mobile mengatakan pengguna boleh menikmati kelajuan dua kali ganda berbanding 4G sebelum ini. Seperti biasa, pengguna perlu menggunakan peranti yang menyokong rangkaian 4.5G seperti Huawei P10 Plus untuk menikmati rangkaian berkelajuan tinggi ini.

U Mobile 4.5G

Selain daripada itu, U Mobile juga turut mengatakan mereka akan mula menggunakan spektrum 900MHz untuk rangkaian mereka bermula 1 Julai 2017 kelak, sekaligus menyokong kapasiti yang lebih tinggi berbanding pada hari ini.

Selain Johor Bahru, kawasan lain seperti Ipoh, Pulau Pinang dan Lembah Klang turut dijangka melihat perubahan drastik dari segi pengalaman mudah-alih pada tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "U Mobile Memulakan Pengenalan Perkhidmatan 4.5G Di Malaysia – Bermula Dari Johor Bahru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info