Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Untuk Format Audio MP3 Ditamatkan – Selamat Tinggal MP3

Dalam pelbagai format audio, salah satu yang sangat popular adalah MP3. Ia menjadi format utama beberapa pemain media sebelum ini, selain turut digunakan ramai untuk menawarkan fail berbentuk audio atau muzik untuk dimuat-turun.

Walaubagaimanapun, era MP3 nampaknya kini telah tamat. Menurut syarikat yang membangunkan format audio berkenaan, mereka telah menamatkan program perlesenan paten MP3, sekaligus membuatkan format berkenaan tidak disokong lagi.

Untuk pengguna, walaupun sokongan ini ditamatkan dari segi perlesenan, tetapi tidak bermakna fail-fail berkenaan tidak boleh dimainkan. Sebaliknya, kita akan melihat pemain media baru mungkin tidak hadir menyertakan sokongan format berkenaan, malah fail-fail baru hadir dengan format baru yang lebih moden.

Perubahan ini dilihat selari dengan era moden masa kini yang melihat penggunaan format audio seperti AAC (Advanced Audio Coding) yang semakin popular dikalangan pengguna, mahupun perkhidmatan penstriman muzik. Format baru ini membolehkan audio berkualiti lebih tinggi ditawarkan pada kadar bitrate yang lebih rendah berbanding dengan MP3.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan Untuk Format Audio MP3 Ditamatkan – Selamat Tinggal MP3"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info