Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Prezi Mengambil-Alih Infogram

Prezi merupakan salah satu nama yang tidak asing dikalangan mereka yang sering membuatkan fail-fail berbentuk pembentangan. Melalui Prezi, pengguna boleh membuat pembentangan yang interaktif, sekaligus menarik perhatian penonton ketika membuat sesuatu pembentangan.

Pada tahun ini, Prezi turut telah memperkenalkan Prezi Next dalam usaha memudahkan pembangunan dan penyediaan fail pembentangan. Kini, mereka turut membuat kejutan dengan mengumumkan yang mana pasukan Infogram akan turut menyertai Prezi.

Pengambil-alihan Infogram oleh Prezi ini boleh dikatakan saling melengkapkan antara satu sama lain. Infogram merupakan laman yang memudahkan pembangunan carta dan infografik dengan mudah, serta menawarkan pelbagai pilihan tema yang sangat kemas dan menawan. Dengan pengambil-alihan ini, ia melengkapkan lagi penawaran Prezi dalam memudahkan pengguna memaparkan data dan carta dalam bentuk yang menarik dan interaktif.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak. Walaupun diambil-alih, Infogram dan Prezi akan terus beroperasi sebagai jenama berasingan seperti biasa.

Layari : Infogram



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Prezi Mengambil-Alih Infogram"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info