Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pertandingan The Crown Championship Menawarkan Hadiah $1 Juta Terbuka Kepada Kesemua Pemain Clash Royale

Clash Royale ialah permua yang amat popular di pejabat aman. Ketika waktu makan tengahari dan ketiadaan berita kami menghabiskan masa bertarung di dalam permua ini. Sekiranya anda merasakan anda berbakat besar, anda kini boleh membuktikannya di dalam pertandingan The Crown Championship yang dianjurkan oleh Supercell.

Pertandingan ini akan menawarkan hadiah dengan nilai terkumpul $1 Juta. Pertandingan sudahpun bermula di Korea Selatan, China dan Jepun. Penduduk di Asia Tenggara hanya dapat bertarung secara terbuka bermula pada bulan Ogos. Pemain-pemain terbaik dari Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, China, China, Korea, Asia Tenggara dan zon dunia kemudian akan bertemu di acara akhir yang berlangsung pada bulan November. Syarat yang perlu dipatuhi ialah mereka perlu sekurang-kurangnya mencapai tahap 8 dan berumur melebihi 16 tahun. Adakah anda super bakat Clash Royale? Untuk maklumat lanjut mengenai Crown Championship sila ke pautan di bawah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pertandingan The Crown Championship Menawarkan Hadiah $1 Juta Terbuka Kepada Kesemua Pemain Clash Royale"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info