Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Palestin Sedang Melihat Untuk Hadir Dengan Mata Wang Digital Tersendiri

Akhir-akhir ini, mata wang digital seperti Bitcoin menerima perhatian ramai pengguna, termasuk ia telah mula digunakan secara meluas di Jepun. Terkini, menurut Reuters, Palestin turut sedang melihat ke arah untuk hadir dan melancarkan mata wang digital mereka tersendiri.

Mata wang digital ini dijangka akan diperkenalkan dalam tempoh lima tahun sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.

Buat masa ini, Palestin tidak mempunyai sebarang mata wang rasmi, dan sekiranya mata wang digital ini diperkenalkan, ia mungkin menjadi mata wang rasmi untuk Palestin. Rakyat di sana kini menggunakan mata wang Amerika Syarikat, Euro, Israel, dan Jordan untuk kegunaan harian.

Dengan pelbagai had, termasuk untuk kawalan mata wang, inflasi dan sebagainya, Palestin dikatakan melihat kepada mata wang digital dengan ciri seumpama Bitcoin. Selain daripada itu, pihak berkuasa juga dikatakan tidak mempunyai fasiliti lengkap untuk cetakkan mata wang fizikal dan sebagainya – sekaligus membuatkan mereka lebih memfokuskan kepada mata wang digital ini.

Selain daripada Palestin, Sweden juga dilihat sedang melihat kepada untuk melancarkan mata wang digital mereka tersendiri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Palestin Sedang Melihat Untuk Hadir Dengan Mata Wang Digital Tersendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info