Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo A77 Akan Mula Dijual Di Malaysia Minggu Hadapan

Oppo A77 baru sahaja dilancarkan minggu lalu dan bagi mereka yang ingin memiliki peranti ini di Malaysia hari ini ada sedikit berita baik. Pihak Oppo Malaysia mengesahkan peranti dengan kemampuan selfie yang tinggi ini akan mula dijual bermula minggu hadapan. Walaubagaimanapun tiada maklumat mengenai harga buat masa ini dan hanya warna emas akan ditawarkan. .

Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses 1.5 GHz lapan teras MediaTek MT6750T, memori sebesar 4 GB dan storan sebesar 64 GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 128 GB. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.2 dipadankan dengan kamera selfie 16-Megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3200 mAh membekalkan kuasa kepada peranti ini.

Dari segi rekaan ia mempunyai tubuh yang diperbuat daripada logam sepenuhnya.Sebuah pengimbas cap jari pula terletak pada bahagian dagu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo A77 Akan Mula Dijual Di Malaysia Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info