Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia 3310 (2017) Palsu Mula Membanjiri Pasaran Malaysia

Percaya atau tidak, telefon yang paling mendapat liputan terbesar di MWC Februari yang lalu bukanlah sebuah peranti pintar. Ia adalah Nokia 3310 edisi 2017 yang dihasilkan semula bagi mengembalikan Nostalgia peranti yang pertama kali muncul pada tahun 200. Tarikh rasmi kemasukan peranti ini ke Malaysia masih lagi misteri tetapi dipercayai adalah pada bulan ini. Malang sekali peranti palsu telah mula memasuki pasaran Malaysia.

Kewujudan peranti palsu ini disedari oleh laman Vtechgraphy sejak seminggu yang lalu. Perbezaan di antara model palsu dan asli adalah agak ketara. Pertama sekali skrin pada 3310 palsu adalah lebih kecil. Butang kekunci menggunakan cetakan warna hitam dan bukannya jernih seperti model asli. Akhir sekali kesemua peranti palsu ini tidak hadir dengan pelekat pengedar rasmi Nokia di Malaysia iaitu Avaxx. Diharap tidak ada pembaca Amanz yang terbeli Nokia 3310 palsu ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia 3310 (2017) Palsu Mula Membanjiri Pasaran Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info