Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nintendo Bakal Hadir Dengan Permainan “The Legend of Zelda” Untuk Telefon Pintar

Nintendo setakat ini telah hadir dengan beberapa permainan yang menjadi bualan ramai, termasuk Pokemon Go dan juga Super Mario Run. Kini, selain daripada permainan Animal Crossing yang dijangka hadir tidak lama lagi, Nintendo dikatakan sedang turut membangunkan permainan The Legend Of Zelda untuk telefon pintar.

Nintendo sendiri sejak daripada tahun lepas telah memfokuskan kepada penawaran permua untuk Android dan iOS. Pelbagai penawaran mereka menjadi popular dalam masa singkat, sekaligus memberikan kesan positif terhadap prestasi kewangan syarikat berkenaan.

Menurut laporan WSJ, Nintendo dijangka memperkenalkan permainan The Legend of Zelda ini selepas permainan Animal Crossing – dan kedua-duanya dijangka hadir pada 2017 ini. Seperti sebelum ini, kita mungkin akan melihatnya pada platform Android dan iOS.

Laporan ini tidak disahkan lagi oleh pihak Nintendo dan DeNA buat masa ini. Sekiranya benar, tidak mustahil kita mendengar pengumuman rasmi oleh Nintendo berkaitan dengannya tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nintendo Bakal Hadir Dengan Permainan “The Legend of Zelda” Untuk Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info