Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Moto C Dan Moto C Plus Diperkenalkan Secara Rasmi – Telefon Dengan Spesifikasi Asas

Lenovo hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah jenama Moto, iaitu Moto C dan juga Moto C Plus. Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi asas, dan dijangka dipasarkan sebagai telefon pintar yang paling mampu-milik dengan harga rendah dibawah jenama Moto.

Moto C

Moto C hadir dengan skrin bersaiz 5-inci (854×480 pixel), dilengkapi cip MediaTek empat-teras, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, serta storan bermula 8GB. Moto C menggunakan bateri berkapasiti 2350mAh.

Moto C Plus pula hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 720p, dilengkapi cip MediaTek, memori 1GB RAM atau 2GB RAM, ruangan storan 16GB, serta kamera belakang 8-megapixel. Melengkapkan Moto C Plus juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan kamera hadapan 2-megapixel, serta dilengkapi sistem operasi Android 7.0 Nougat.

Lenovo dijangka akan menawarkan Moto C dan Moto C Plus ini dalam variasi rangkaian 3G sahaja, atau turut dilengkapi 4G. Ia akan ditawarkan di beberapa buah negara, bermula harga €89 (sekitar RM422).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Moto C Dan Moto C Plus Diperkenalkan Secara Rasmi – Telefon Dengan Spesifikasi Asas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info